Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 😊
Hai, nama saya Nurul Hamizah bt Hasnan dan saya merupakan salah seorang pelajar semester satu ISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi tahun 2016/2017. Saya agak teruja untuk belajar subjek Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini kerana ingin mendalami ilmu dalam bidang teknologi maklumat kerana saya hanya tahu perkara yang asas sahaja. Dengan adanya pensyarah yang sangat berdedikasi dan sempoi, iaitu Sir Fadhil, saya yakin saya dan rakan-rakan akan mudah memahami subjek ini.
Soooooo for the first task, kiteorang diberi tugasan untuk baca 5 blog dan beri kritikan iaitu dari segi kelebihan dan kekurangan blog tersebut. A bit tough jugak lah sebab saya ni blog pun takde, kalau bace blog tu ade lah hehe. Tapi takpee, kite cuba belajar slow-slow. Usaha tu tangga kejayaan. Ye dokk? 😏
Berikut adalah blog yang saya pilih :
1. Blog Fatin Liyana
http://honeykoyuki.blogspot.my/
Penulis blog ialah saudari Fatin Liyana. Beliau merupakan seorang graduan daripada salah satu universiti terkemuka dalam bidang perubatan di Indonesia dan kini telah bergelar seorang doktor. Beliau juga telah berkahwin dengan seorang doktor yang kacak dan mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik.
❥ KELEBIHAN
- Pembaca dapat mengetahui tentang "travel tips" yang dikongsi oleh pemilik blog
- Terdapat pengalaman-pengalaman sebagai seorang pelajar medik yang boleh diketahui oleh pelajar lain
- Isi kandungan blog sangat menarik
❥ KEKURANGAN
- Blog kurang aktif
- Ada bahagian penceritaan yang dikongsikan terlalu panjang
2. Blog Maria Elena
http://peliks.blogspot.my/
Saudari blogger ni actually suka buat perkara-perkara pelik pada zaman muda mudi dulu. Yelah nama pun zaman muda mudi dulu ofkos jiwa memberontak kan. So lahirlah nama blog which is "pelik". Saudari cantik ini bernama Maria Elena dan merupakan seorang jurutera tetapi telah meninggalkan kerjaya beliau demi mengasuh anak-anak yang disayangi sepenuh masa.
❥ KELEBIHAN
- Info-info yang simple tapi sangat berguna
- Gaya penulisan yang sangat menarik dan dalam masa yang sama mudah untuk difahami
❥ KEKURANGAN
- Kurang dalam penggunaan warna
- Hiasan blog yang agak simple
3. Blog Azlita Masam Manis
http://www.azlitamasammanis.com/
Penulis blog ialah Puan Azlita. Beliau merupakan seorang pembuat kek, pastri dan dalam erti kata lain boleh juga dipanggil sebagai seorang tukang masak yang serba boleh. Beliau banyak berkongsi tentang resepi-resepi kek, pastri dan makanan-makanan kegemaran beliau dan keluarga.
❥ KELEBIHAN
- Gambar-gambar yang digunakan sangat cantik
- Pelbagai resepi yang dapat dijadikan panduan
- Aktif di blog
❥ KEKURANGAN
- Kurang berinteraksi dengan pengikut di blog
4. Blog Kanvas Estetik
Bergelar seorang pelajar di bumi Morocco tidak membataskan anak jati Terengganu ni untuk mempunyai sebuah blog. Beliau dikenali dengan nama Mizah Lee dan untuk pengetahuan, saya amat kagum dengan kata-kata yang dicoretkan dalam blog beliau.
❥ KELEBIHAN
- Bahasa dan lenggok kata sangat sopan
- Sesuai untuk semua yang bergelar muslim
- Terdapat hadis dan ayat Al-Quran yang diselitkan dalam penulisan
❥ KEKURANGAN
- Kurang dalam penggunaan gambar
5. Blog Nik Idzni Dalila
http://nikidznidalila.blogspot.my/
Beliau merupakan seorang blogger yang baru saya kenali dan semangat yang beliau ada untuk melawan penyakit yang dihidapi dalam usia sangat muda sangat memberi kesan kepada orang yang membaca penulisannya di alam maya. Penulis blog ini ialah saudari Dr. Nik Idzni Dalila.
❥ KELEBIHAN
- Dapat menarik minat pembaca untuk lebih dekat dengan Sang Pencipta
- Gaya penulisan yang sangat baik
- Blog yang simple tetapi kemas
- Aktif membalas komen followers
❥ KEKURANGAN
- Tidak berkongsi gambar di blog
Konklusinya, dengan adanya tugasan sebegini, saya dapat belajar sedikit sebanyak ilmu tentang penghasilan blog. Saya juga dapat mengetahui bahawa terdapat ramai penulis blog yang aktif diluar sana berkongsi tentang kehidupan peribadi, resepi yang pelbagai, fesyen dan tidak kurang juga ada yang berkongsi tentang ilmu-ilmu agama dan nasihat. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari sedikit demi sedikit tentang bagaimana untuk mencantikkan blog saya sendiri dan bagi nampak menarik. Pada pendapat saya, kemajuan teknologi pada masa kini yang semakin canggih dapat membantu kita mendapatkan sesuatu maklumat dengan begitu pantas. Dengan penghasilan blog juga, maklumat dapat disebarkan dengan mudah dan lebih meluas tetapi blog juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Segalanya terletak atas diri kita sendiri bagaimana ingin menggunakan sesuatu medium itu ke arah yang lebih baik dan bermanfaat untuk orang ramai. 😊