Wednesday, 29 March 2017

TUGASAN 4 : MOVIE MAKER


Assalamualaikum, haiiiii 😏
 
Minggu lepas Sir Fadhil suruh setiap daripada kteorang hasilkan satu video untuk pembelajaran kanak-kanak dgn menggunakan movie maker. So inilah hasilnya....



Wednesday, 22 March 2017

TUGASAN 3 : MICROSOFT EXCEL

Haluuuuuu 😎
Assalamualaikum!

Alhamdulillah bertemu lagi kita dekat blog ni ye. Haaa macam biase lah saya akan ceritakan tentang tugasan yang saya dapat. Moga-moga korang semua dapat manfaat daripada penulisan saya terutamanye dari segi penambahan ilmu. Sape-sape yang bakal jadi cikgu tu, korang kena mahir tau guna Microsoft Excel ni so nanti kalau nak buat senarai nama pelajar ke markah ke, senang lah sikit kerja korang.

Minggu ni Sir Fadhil bagi tugasan pasal Microsft Excel. Saya memanglah pernah guna sebelum ni, tapi x pandai sangat. So bile sir ajar balik, boleh lah ikut dan in shaa Allah semoga melekatlah ilmu yang sir bagi ni sampai masuk alam bekerja nanti. Ok jom kita mulakan..


Inilah tugasan Sir Fadhil bagi dekat kiteorang satu kelas :)

First, korang buka Microsoft Excel dulu dan tulis senarai nama pelajar seramai 25 orang dengan nombor kad pengenalan sekali. Korang ikut je ape yang diperlukan dekat tugasan tu okehh. Ni contoh yang sy dah buat :


Next, pergi dekat sheet baru dan korang rename sheet tu balik, tulis kehadiran pelajar.


Setelah siap kehadiran pelajar, korang buka pula sheet baru pastu rename dengan markah.


Contoh macam ni lah.. Bile dah semua markah korang masukkan, korang kena jumlahkan semua markah tu tau. Untuk memudahkan kerja, korang xperlu pergi berlari ambik kalkulator semata-mata nak kira jumlah markah pelajar tu eh. Meh sini nak ajar.. Mula-mula korang pergi dekat ruangan jumlah untuk nama pertama, tulis = . Kemudian klik pada ruangan markah kuiz pertama dan klik enter. lepas tu korang tekan + dan klik pada ruangan markah pertengahan tahun pula dan klik enter. Last sekali korang tekan + dan klik pada ruangan markah akhir tahun dan klik enter untuk dapat full marks pelajar tersebut. Boleh ikut tak?

= ------> 18-----> enter -----> + -----> 26 -----> enter ------> + 
-----> 36 -----> enter -----> FULL MARKS!

Semua dah dapat kan jumlah markah pelajar-pelajar korang tu.. Seterusnye kita tentukan pula gred bagi setiap pelajar. Tapi sebelum tu korang kena buat dulu skala gred markah. Buat dua kotak tau.. Satu untuk markah dan satu lagi untuk gred. Buat lah dekat mana-mana bahagian yang kosong. Macam yang sy buat ni, sy letak dekat bahagian kanan sebab nanti senang nak refer.


Untuk dapatkan gred bagi setiap pelajar, korang boleh guna kaedah vlookup. Contohnya :


Korang klik formulas dekat bahagian atas tu, klik vlookup and nanti dia akan keluar macam ni..


  1. lookup value = korang kena tekan dekat kotak kecik tu dan klik dekat markah bagi pelajar pertama untuk dapatkan gred pastu tekan enter
  2. table array = korang tekan kotak kecik tu jugak dan highlight semua kota skala gred markah start dari 0 smpai lah A+ tu.. di antara abjad dengan nombor yang akan keluar tu, korang kena letak $ contohnya M$12 dan tekan enter.
  3. col index number = taip 2
  4. range lookup = tulis TRUE
  5. last sekali korang tekan OK
** Gred yang korang dapat tadi untuk seorang pelajar sahaja tau. Untuk dapatkan gred keseluruhan pelajar, korang pergi dekat hujung gred kotak pelajar first tadi, akan keluar simbol +.. Korang tarik je simbol + tu sampai ke kotak pelajar yang last sekali dan korang akan dapat gred untuk semua pelajar.

The last one is kita kena buat graf. Sekali lagi korang kena buat kotak untuk tulis gred dan bilangan gred. Korang boleh je letak kat mana-mana ruang kosong. Contohnya :




Kemudian korang pergi dekat 'Formulas' pastu klik 'Insert Function'.. Akan ada satu table keluar, korang kena pilih 'Statistical' dekat category tu and then pilih 'Countif', tekan OK..




Insert Function > Statistical > Countif > Ok


Seterusnya akan keluar macam ni :


  1. range = highlight kan semua gred pelajar yang korang dapat tadi dan jangan lupa masukkan simbol $ di antara abjad dan nombor yang akan keluar nanti dan tekan enter
  2. criteria = highlight kan gred yang korang dah tulis sebelah bilangan gred tadi dan tekan ok. Korang akan dapat jumlah gred bagi TH. Untuk dapatkan keseluruhan bilangan, korang tekan hujung kotak jumlah TH yang korang dapat 0 tadi tu, akan keluar simbol +. So korang drag je sampai gred last sekali. Siap!!
Untuk graf pula, korang highlight kan semua gred dan bilangan gred yang korang dah tahu tadi dan klik insert di bahagian atas, kemudian korang klik column chart. Korang pilih lah nak graf yang macam mane, warna ape.. Dan inilah hasilnya.. Taraaa.!!


Yeayy dah siap.. Nanti korang adjust kan lah sikit bagi nampak kemas okeyy. Minta maaf kalau ade salah silap dekat mana-mana steps sebab sy ni pun baru belajar dan untuk praktikkan skill ni, sy share lah kat korang semua. Semoga korang faham ape yang saya tulis pasal Microsoft Excel ni :)

Sunday, 19 March 2017

TUGASAN 2 : MAIL MERGE

Assalamualaikum and hi everyone.

Lima hari lepas Sir Fadhil bagi tugasan baru which is kena buat sijil guna mail merge yang sir ajar mase buat Microsoft Word haritu. Plannye nak buatlah awal-awal, sekali harini dateline, harinilah baru tergopoh-gapah nak buat hahaha. Tapi alhamdulillah siap jugak akhirnya. Yipppeee! Berkat kawan-kawan jugak tolong ni, kalau tak memang takde lagi lah kot terpampang dekat blog. So, saya nak share lah ilmu baru yang saya dapat ni dekat korang semua. Mudah-mudahan dapat tolong korang siapkan mana-mana tugasan dengan senang. Ok, lets start!

  1. First, baca dulu tugasan yang pensyarah korang bagi tu betul-betul. Contoh :


haaa lepas korang bace arahan tu betul-betul, ikut je apa yang diminta okey. Just follow je in shaa Allah konfem tugasan korang tu diterima (Aminn!)

   2. Next, buka Microsoft Word. Taip je maklumat yang perlu ada dekat sijil yang biase korang nampak tu. Alah macam tak biasa kann..


ni contoh sijil yang saya dah siap tulis details yang diperlukan.

 3.  Lepas tu korang pilih lah border yang cantik-cantik untuk letak dekat sijil. Pergi dekat page layout tu pilih border so nanti akan keluar banyak pattern border. Tinggal korang pilih je.



saya pilih yang simple je. Banyak lagi yang lain korang boleh pilih. Nak tukar warna border pun boleh.
Ikut kreativiti korang lah ye :)

   4. Seterusnya, bile dah siap sijil tu ayuhh berganjak ke penggunaan mail merge. Follow step by step yang saya tunjuk ni. Harap-harap menjadi lah hehe : P



  • Pilih mailings 
  • Start Mail Merge
  • Korang ikut je steps yang ade dekat kotak bahagian kanan tu tau

  •   Untuk steps ketiga, pilih type a new list 
  •   Kemudian create

  • Next step is korang kena customize columns yang korang nak and rename mengikut tugasan yang diberi. Contoh yang saya guna, 'senarai nama pelajar' dan nombor kad pengenalan'. Kalau columns yang x diperlukan tu korang delete je. 
  • Lepas tu tekan OK dan save database korang isi tadi dekat dokumen.


  •  Bile dah siap, korang boleh cek dekat preview letters. Okey tak?
  • Then bile semua dah selesai, dan korang pun dah puas hati dengan kerja korang, the last step korang kena buat adalah complete the merge
Percaya lah yang anda telah berjaya menghasilkan sijil dan menyiapkan tugasan anda. YEAYYY!!

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sir Fadhil sebab ajar saya macam mana nak guna mail merge ni. Tak lupa jugak kawan-kawan yang banyak tolong. Ishh macam gaya dapat award je hahaha. Semoga info yang saya bagi ni walaupun sedikit, dapat tolong korang semua faham tentang penggunaan mail merge.

Korang yang dah tahu tu, sebarkan lah dekat orang lain jugak. Haippp jangan kedekut ilmu, nanti tak berkat hidup. Kan Nabi dah pesan, "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat". Bagitahu orang lain apa yang kita tahu, mana tahu orang lain itu tidak tahu apa yang kita tahu. Kann? :)

Sijil Penyertaan :
 https://drive.google.com/file/d/0B8UmIS-XTzwuSl9pOXVMREFEc3M/view?usp=sharing

Mail Merge :
https://drive.google.com/file/d/0B8UmIS-XTzwuanJNMGpTRDU0UDg/view?usp=sharing