Lima hari lepas Sir Fadhil bagi tugasan baru which is kena buat sijil guna mail merge yang sir ajar mase buat Microsoft Word haritu. Plannye nak buatlah awal-awal, sekali harini dateline, harinilah baru tergopoh-gapah nak buat hahaha. Tapi alhamdulillah siap jugak akhirnya. Yipppeee! Berkat kawan-kawan jugak tolong ni, kalau tak memang takde lagi lah kot terpampang dekat blog. So, saya nak share lah ilmu baru yang saya dapat ni dekat korang semua. Mudah-mudahan dapat tolong korang siapkan mana-mana tugasan dengan senang. Ok, lets start!
- First, baca dulu tugasan yang pensyarah korang bagi tu betul-betul. Contoh :
haaa lepas korang bace arahan tu betul-betul, ikut je apa yang diminta okey. Just follow je in shaa Allah konfem tugasan korang tu diterima (Aminn!)
2. Next, buka Microsoft Word. Taip je maklumat yang perlu ada dekat sijil yang biase korang nampak tu. Alah macam tak biasa kann..
ni contoh sijil yang saya dah siap tulis details yang diperlukan.
3. Lepas tu korang pilih lah border yang cantik-cantik untuk letak dekat sijil. Pergi dekat page layout tu pilih border so nanti akan keluar banyak pattern border. Tinggal korang pilih je.
saya pilih yang simple je. Banyak lagi yang lain korang boleh pilih. Nak tukar warna border pun boleh.
Ikut kreativiti korang lah ye :)
4. Seterusnya, bile dah siap sijil tu ayuhh berganjak ke penggunaan mail merge. Follow step by step yang saya tunjuk ni. Harap-harap menjadi lah hehe : P
- Pilih mailings
- Start Mail Merge
- Korang ikut je steps yang ade dekat kotak bahagian kanan tu tau
- Untuk steps ketiga, pilih type a new list
- Kemudian create
- Next step is korang kena customize columns yang korang nak and rename mengikut tugasan yang diberi. Contoh yang saya guna, 'senarai nama pelajar' dan nombor kad pengenalan'. Kalau columns yang x diperlukan tu korang delete je.
- Lepas tu tekan OK dan save database korang isi tadi dekat dokumen.
- Bile dah siap, korang boleh cek dekat preview letters. Okey tak?
- Then bile semua dah selesai, dan korang pun dah puas hati dengan kerja korang, the last step korang kena buat adalah complete the merge
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sir Fadhil sebab ajar saya macam mana nak guna mail merge ni. Tak lupa jugak kawan-kawan yang banyak tolong. Ishh macam gaya dapat award je hahaha. Semoga info yang saya bagi ni walaupun sedikit, dapat tolong korang semua faham tentang penggunaan mail merge.
Korang yang dah tahu tu, sebarkan lah dekat orang lain jugak. Haippp jangan kedekut ilmu, nanti tak berkat hidup. Kan Nabi dah pesan, "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat". Bagitahu orang lain apa yang kita tahu, mana tahu orang lain itu tidak tahu apa yang kita tahu. Kann? :)
Sijil Penyertaan :
https://drive.google.com/file/d/0B8UmIS-XTzwuSl9pOXVMREFEc3M/view?usp=sharing
Mail Merge :
https://drive.google.com/file/d/0B8UmIS-XTzwuanJNMGpTRDU0UDg/view?usp=sharing
No comments:
Post a Comment